Bagaimana kanser merebak?
Setelah seseorang telah didiagnos menginap kanser, pegawai perubatan akan menjalankan pemeriksaan
lanjut untuk mengetahui peringkat dan juga sejauh mana tahap penyakit tersebut dalam badan
seseorang. Ini akan membolehkan kedudukan kanser tersebut diketahui, kerosakan yang berlaku
kepada tisu yang berdekatan dan juga adakah ia telah merebak ke tempat atau organ yang lain.
Tahap kanser yang diketahui juga akan membolehkan jenis ubat yang perlu semasa kemoterapi dan
juga kekuatan dos atau jenis rawatan yang lain seperti pembedahan dan radioterapi dapat ditentukan.
Bagaimana Kanser Membesar dan Merebak?
Jika tidak dirawat, kanser biasanya akan melaui tiga peringkat iaitu:
1. Pembesaran setempat dan kerosakan kepada tisu berhampiran
Sel kanser boleh membahagi dengan cepat dan tumor malignant adalah ketulan atau bengkakan tisu
dari sel-sel kanser. Tumor kanser ini terbentuk pada satu tempat iaitu tumor primer.
Walaubagaimanapun, untuk membesar, tumor ini perlu membentuk bekalan darah untuk memperoleh
oksigen dan zat-zat untuk sel kanser yang baru dan juga untuk pembahagian sel seperti makanan
pada sel-sel tersebut. Tumor tidak akan membesar melebihi saiz kepala jarum jika ia tidak
mendapat bekalan darah. Sel-sel kanser akan menghasilkan bahan kimia atau mungkin hormon
yang merangsang saluer darah yang halus untuk tumbuh disekeliling sel-sel yang bersambung
kepada salur darah yang sedia ada. Kebolehan untuk merangsang ini dipanggil angiogenesis.
Sel-sel kanser juga berkebolehan untuk melalui celah-celah diantara sel-sel normal.
Oleh itu pembahagian dan penggandaan sel-sel kanser ini akan merosakkan tisu-tisu disekelilingnya.
2. Merebak melaui saluran limfa dan nodus limfa
Sesetengah sel kanser boleh masuk kedalah saluran limfa. Saluran limfa ini akan melalui nodus
limfa atau kelemjar limfa. Nodus limfa ini terdapat diserata badan manusia. Sel kanser mungkin
dibawa ke nodus limfa melalui saluran limfa dan terperangkap serta berganda dan membentuk tumor.
Disebabkan itulah nodus limfa yang berhampiran dengan tumor membesar yang mengandungi sel kanser.
3. Merebak kebahagian lain badan
Sesetengah sel kanser juga boleh masuk ke salur darah (kapilari) dan dibawa kebahagian badan
yang lain. Sel-sel ini akan berganda dan membentuk tumor sekunder (metastases) pada bahagian
lain badan yang boleh merosakkan tisu berhampirannya.



No comments:
Post a Comment