Semua kanser bermula dengan 1 unit sel iaitu unit asas yang hidup dalam
badan kita. Untuk memahami kanser, adalah penting untuk mengetahui
bagaimana sel-el normal bertukar menjadi sel kanser.
Badan terbentuk daripada pelbagai jenis sel. sel - sel ini tumbuh dan
membahagikan dirinya dalam keadaan terkawal untuk menghasilkan
lebih sel apabila ianya diperlukan bagi menjaga kesihatan badan. Bila
sel sel ini menjadi tua atau rosak, ianya akan mati dan perlu diganti
dengan yang baru.
Tetapi adakalanya proses ini tidak berjalan seperti yang sepatutnya.
Bahan genetik iaitu DNA yang terdapat dalam sebuah sel boleh menjadi
roak atau berubah yang menyebabkan pengeluaran mutasi yang boleh
menjejaskan pertumbuhan dan
pembahagian sel normal. Apabila keadaan ini berlaku, sel - sel mati yang
badan tidak memrlukannya disebabkan ada sel baru mula membentuk satu
gumpalan tisu yang dipanggil ketumbuhan atau tumor.
Terdapat 2 jenis ketumbuhan dalam badan iaitu benign dan malignant.
Ketumbuhan berjenis benign bukannya jenis kansr dan ianya boleh dibuang.
Dalam kebanyakan kes, ketumbuhan jenis ini tidak akan kembali dan juga
tidak merebak ke bahagian lain dalam badan.
Manakala ketumbuhan jenis malignant pula adalah kanser. Sel - sel
ketumbuhan ini boleh merebak ke tisu - tisu organ lain yang berdekatan.
Kebanyakan kanser diberi nama berdasarkan pada organ atau jenis sel di
mana ianya bermula. Misalnya kanser yang bermula dari dalam perut
dipanggil kanser perut. terdapat juga sesetengah kanser yang tidak
membentuk ketumbuhan. Contohnya leukimia, ia adalah sejenis kanser barah
sumu sum tulang dan darah.
No comments:
Post a Comment