Kanser faraj ataupun vagina adalah kanser reproduktif wanita yang paling jarang berlaku. Kanser ini kerap
berlaku di kalangan wanita yang berusia 60 – 65 tahun dan cuma merangkumi 1-2% daripada kanser reproduktif wanita.
Tanda-tana Kanser Faraj / Vagina
Tanda-tanda kanser vagina adalah sama seperti kanser pangkal rahim seperti keluar darah, lendir dan ketumbuhan
yang dikesan di bahagian dalam faraj.
Kaedah Rawatan Kanser Faraj
Kaedah utama rawatan kanser faraj adalah radioterapi. Pembedahan cuma boleh dilakukan pada sebahagian kecil
pesakit di peringkat awal kanser.
Kanser Vulva
Kanser vulva ataupun kanser kemaluan luar adalah sejenis kanser wanita yang jarang berlaku di Malaysia, malah
ianya juga sangat jarang berlaku di negara-negara lain Asia Tenggara. Kanser vulva lebih kerap berlaku di
negara-negara barat. Ini berkemungkinan ada kaitan dengan faktor genetik dan sensitiviti kulit wanita-wanita Barat.
Kanser vulva adalah sejenis kanser kulit yang menyelaputi kemaluan luar ataupun vulva. Di Malaysia dan banyak
negara-negara Asia Tenggara lain, kanser ini adalah kanser organ reproduktif wanita yang kelima dari segi kekerapan
dan merangkumi 3-5% daripada keseluruhan kanser organ reproduktif wanita.
Kanser vulva adalah sejenis kanser wanita yang melibatkan wanita yang berumur lebih 60 tahun. Ianya jarang
berlaku kepada wanita-wanita yang muda. Insiden kanser vulva di kalangan wanita yang berumur lebih dari 75 tahun
adalah 13 di dalam 100,000 orang wanita setahun.
Tanda-tanda Kanser Vulva
Tanda-tanda kemungkinan wanita mengidap kanser vulva adalah seperti berikut:
· Ketumbuhan yang membesar pada bahagian vulva.
· Kegatalan atau kepedihan yang berpanjangan pada bahagian tertentu vulva.
· Keluar lendir dan darah dari vulva.
· Jika sekiranya kanser vulva merebak ke saluran kencing, pesakit akan mengadu sakit ataupun sukar membuang air kecil.
· Kegatalan atau kepedihan yang berpanjangan pada bahagian tertentu vulva.
· Keluar lendir dan darah dari vulva.
· Jika sekiranya kanser vulva merebak ke saluran kencing, pesakit akan mengadu sakit ataupun sukar membuang air kecil.

No comments:
Post a Comment