Horizontal Menu

Tentang Kami

Obejektif utama kami ialah untuk membantu anda semua diluar sana yang menghidapi pelbagai penyakit dan memerlukan rawatan herba yang murah, berkualiti dan berkesan. Kami sedaya upaya merendahkan harga agar rakan - rakan semua dapat membeli dan seterusnya mendapat rawatan yang sewajarnya.

Ini kerana kami tahu jika seseorang itu diduga dengan penyakit maka hatinya begitu runsing, hatinya tidak tenang, fikirannya bercelaru dan mungkin ada di antara anda semua yang tidak mampu bekerja. Ini sudah pasti menjejaskan pendapatan dan denga sumber kewangan yang terhad sudah pasti sukar membeli jika sesuatu ubat itu dijual dengan harga yang mahal.

Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman kami sendiri yang pernah terlantar dan sakit selama hampir 4 bulan di mana tidak boleh bekerja. Kami tahu perasaan orang yang sakit. Nasib baik adik beradik banyak membantu membelikan ubat - ubat rawatan herba.

Selepas itu kami berazam akan cuba membantu sebaik mungkin untuk membekalkan herba - herba samada dalam bentuk kapsul ataupun teh untuk anda semua.

Kami harap agar anda semua dapat memberi sokongan kepada kami dengan membeli produk - produk dari Muslim Herbs supaya kami akan terus hidup untuk memberikan khidmat kami kepada orang ramai. Kami akan terus memberi diskaun dan promosi - promosi supaya anda semua sihat, selamat dan bahagia.


Ikhlas dari
Izam Mohd Yahya
Admin
Muslim Herbs

No comments:

Post a Comment